Rabu, 31 Mac 2010



SEREMBAN - 15 MEI 2008 - SEKUMPULAN kanak-kanak pra sekolah tekun menghasilkan kerja seni kraf mewarna tabung buluh pada Program Pendidikan Kraf untuk para pelajar Pra Sekolah di Negeri Sembilan 2008 bertempat di Komplek Kraf Negeri Sembilan, semalam._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.





SEREMBAN - 15 MEI 2008 - SEORANG kanak-kanak asyik menghasilkan kerja seni kraf mewarna tabung buluh pada Program Pendidikan Kraf untuk para pelajar Pra Sekolah di Negeri Sembilan 2008 bertempat di Komplek Kraf Negeri Sembilan, semalam._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.


PORT DICKSON - 08 MEI 2009 - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Ismail Taib, (dua dari kiri), ketika melawat bilik rawatan Restoratif di Klinik Pergigian Port Dickson._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.



PORT DICKSON - 08 MEI 2009 - Doktor Rohani Mahmud, menunjukkan replika contoh gigi dimana cara rawatan Restoratif di Klinik Pergigian Port Dickson._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

HOSPITAL PAKAR SEREMBAN


Hospital Pakar Seremban (KPJ)._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN



SEREMBAN - 19 APRIL 2009 - Para petugas meluangkan masa memelihara Lanskap Taman Mini mereka dalam usaha mengindahkan persekitaran Hospital Pakar Seremban (KPJ)._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.


SEREMBAN - 12 MAC 2009 - Pasangan kembar Rohaisha, (tudung hitam), dan Rohaimina Jamil, (tudung putih), yang mencapai keputusan 11 A1 menjadi tumpuan rakan-rakan sebaya yang turut menerima keputusan cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V di Seremban, semalam._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.







Pasangan kembar dari Sekolah Menengah Kebangsaan King George V di Seremban, Rohaisha, (tudung hitam), dan Rohaimina Jamil, (tudung putih), menunjukkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, (SPM), yang memperolehi keputusan 11 A1, semalam._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

DR.RAIS YATIM





SEREMBAN - 20 MEI 2009 - MENTERI Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr. Rais Yatim, ketika berucap dihadapan warga kerja Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Penyiaran (RTM) Tuanku Muhammad, Jalan Sungai Gadut, Seremban, pada majlis perjumpaan, semalam._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN

ISTANA SERI MENANTI KUALA PILAH


UNDANG LUAK REMBAU


Selasa, 30 Mac 2010

LIMA WARTAWAN TERIMA PINGAT DI ISTANA SERI MENANTI



4 Mac 2010 - Empat pengamal media Negeri Sembilan serta seorang wartawan dari Kuala Lumpur menerima pingat masing-masing pada Istiadat Pengurniaan Darjak Kebesaran Kali Ke-2 di Istana Seri Menanti sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.



Empat pengamal media itu adalah Setiausaha i-Kwan, Ahmad Syahrul Derauh yang juga merupakan Ketua Wartawan Sinar Harian Negeri Sembilan, Mohd Amin Jalil (Wartawan-Berita Harian), Mohd. Shahjehan Maamin (Jurufoto - Utusan Malaysia) dan Hamzah Md. Som (Jurufoto Bernama). Masing-masing menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).



Manakala wartawan Utusan Malaysia Kuala Lumpur, Saifullizam Mohammad pula menerima Pingat Cemerlang Khidmat Masyarakat (PMC). Walaupun bertugas di Kuala Lumpur, Saifullizam merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan dan pernah bertugas sekejap di Utusan Malaysia Seremban.




Bersama isteri tercinta Fazidah Mat Saad


Santapan Diraja

i-Kwan mengucapkan tahniah kepada penerima pingat, semoga ia menjadi sumber inspirasi untuk menjalankan tugas lebih cemerlang pada masa hadapan.


Dari Kiri : Ahamad Syahrul, Saifullizam, Tuanku Aishah Rohani, Tuanku Muhriz,
Mohd. Shahjehan Maamin, Hamzah, dan Mohd Amin.