Khamis, 1 April 2010

MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN, MOHAMAD HASAN



SEREMBAN - 04 OKT 2009 - Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan, hadir Majlis Jamuan Hari Raya di PD Utama._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

ORKESTRA PANTAI



Port Dickson - 06 Okt 2009 - ORKESTRA PANTAI... Ombak yang menghentam tembok persisiran pantai Teluk Kemang memberikan suasana nyaman tenang kepada pengunjungnya. Irama alam gabungan deruan ombak dan hembusan angin pantai menyediakan persekitaran yang cukup sempurna untuk merehatkan minda. Dawam Ali melakukan senaman ringan di tepi Pantai Teluk Kemang, Port Dickson sambil diiringi deruan ombak yang menghempas pantai.
_GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

Seminar Suami Isteri "I LOVE U"



SEREMBAN - 14 JUN 2009 - PERHATIAN UNTUK MEJA WANITA - Saat yang paling gembira bagi para peserta seminar apabila diarahkan berkasih sayang terhadap pasangan masing-masing ketika mengikuti Seminar Suami Isteri "I LOVE U" yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

MENTERI Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dr. Rais Yatim







SEREMBAN - 24 MEI 2009 - MENTERI Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dr. Rais Yatim, tidak melepaskan peluang mengambil gambar kenangan gubahan dalaman yang menarik dan kreatif sebuah kereta ketika melawat pertunjukkan kereta selepas merasmikan majlis Pelancaran Rakan Muda Sekolah Peringkat Negeri Sembilan di Stadium Mini Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

PERASMIAN HOTEL THISTLE PD




SEREMBAN - 14 JULAI 2009 - Menteri Pelancongan, Dr. Ng Yen Yen, menaiki helikopter ketika hadir merasmikan hotel Thistle Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.



SEREMBAN - 14 JULAI 2009 - Hotel Thistle Port Dickson yang dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Dr. Ng Yen Yen._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

PEKERTI






SEREMBAN - 02 JULAI 2009 - Yang Dipertua Pekerti, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin, (kiri), ketika melawat produk-produk PDK pada Program Bengkel Prodek Imej dan Penglabelan Keluaran Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Negeri Sembilan, semalam._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.