Selasa, 30 Mac 2010

LIMA WARTAWAN TERIMA PINGAT DI ISTANA SERI MENANTI



4 Mac 2010 - Empat pengamal media Negeri Sembilan serta seorang wartawan dari Kuala Lumpur menerima pingat masing-masing pada Istiadat Pengurniaan Darjak Kebesaran Kali Ke-2 di Istana Seri Menanti sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.



Empat pengamal media itu adalah Setiausaha i-Kwan, Ahmad Syahrul Derauh yang juga merupakan Ketua Wartawan Sinar Harian Negeri Sembilan, Mohd Amin Jalil (Wartawan-Berita Harian), Mohd. Shahjehan Maamin (Jurufoto - Utusan Malaysia) dan Hamzah Md. Som (Jurufoto Bernama). Masing-masing menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).



Manakala wartawan Utusan Malaysia Kuala Lumpur, Saifullizam Mohammad pula menerima Pingat Cemerlang Khidmat Masyarakat (PMC). Walaupun bertugas di Kuala Lumpur, Saifullizam merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan dan pernah bertugas sekejap di Utusan Malaysia Seremban.




Bersama isteri tercinta Fazidah Mat Saad


Santapan Diraja

i-Kwan mengucapkan tahniah kepada penerima pingat, semoga ia menjadi sumber inspirasi untuk menjalankan tugas lebih cemerlang pada masa hadapan.


Dari Kiri : Ahamad Syahrul, Saifullizam, Tuanku Aishah Rohani, Tuanku Muhriz,
Mohd. Shahjehan Maamin, Hamzah, dan Mohd Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan