Ahad, 15 Ogos 2010

Calon Barisan Nasional (BN) DUN Rantau



SEREMBAN - 08 MAC 2008 - Calon Barisan Nasional (BN) DUN Rantau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumuddin, dikerumuni jurugambar ketika membuang undi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua, Rantau, Negeri Sembilan._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Bike Fest 2010












PORT DICKSON - 07 OGOS 2010 - International Bike Fest Eagle Ranch Port Dickson 2010

Ice Room







NILAI - 24 MAC 2010 - Ice Room Nilai.

Mohamad Senuan Ahmad Hariri



RASAH - 25 APRIL 2010 - Mohamad Senuan Ahmad Hariri, 46, (kiri), memangku anaknya Intan Nor Iman, dan anak lelakinya Mohd. Nurfaizalizwan, 23, (kanan), turut memangku anaknya Mohammad Yusrizan, disisi isteri masing-masing Intan Nor Farliana Shamsudin, 20, (dua dari kiri), dan Siti Yusnita Ab. Manah, 24, (dua dari kanan). Dalam pertemuan tersebut juga, Mohamad Senuan buat pertama kali memperkenalkan kedua-dua keluarga barunya iaitu anak perempuan bongsunya, Intan Nor Iman dan cucu lelaki sulungnya, Mohammad Yusrizan._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

Kumpulan Malbatt 1



TELUK KEMANG - 07 MEI 2010 - Sebahagian daripada kumpulan Malbatt 1, bergambar selepas tamat misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) selama sembilan bulan di Lubnan selepas Perbarisan Perbubaran Malbatt 1 di Padang Kawad PUSASDA, Port Dickson. _GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN

Menetri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan



RANTAU - 07 FEB 2010 - Gambar terbaru mugshot Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan, ketika hadir Majlis Sepetang Bersama Rakyat UMNO Cawangan Rantau Bahagian Rembau._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

Diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi 2010



SEREMBAN - 03 FEB 2010 - PELAJAR-pelajar
Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, bergembira selepas menerima Sijil Pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia kerana diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi 2010._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN

Permaisuri Resort




PORT DICKSON - 16 FEB 2010 - Permaisuri Resort, yang terletak di satu kawasan yang digelar Tanjung Biru atau Blue Lagoon, Port Dickson, Negeri Sembilan._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

Sambutan Ulang Tahun HTJS Ke-41




RASAH - 29 MAC 2010 - MENTERI Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan, ketika merasmikan Pelancaran Hospimart Shoppe ketika hadir pada Sambutan Ulang Tahun HTJS Ke-41 di Auditorium Gemilang Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, semalam. Turut mengiringi ialah Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Zailan Adnan, (kanan), dan Pengarah Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, Dr. Jaafar Che Mat, (tengah)._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

Program Singgah Sahur TV3 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Kem Si Rusa, Port Dickson



TELUK KEMANG - 12 OGOS 2010 - SELAMAT BERSAHUR ... Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pagi tadi meluangkan masa bersahur bersama Perajurit Muda di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Kem Si Rusa, Port Dickson.

Program itu bersempena Rakaman Program Singgah Sahur yang dikendalikan Sistem Televisen Malaysia Berhad (TV3)
Ketibaan beliau disambut oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli bin Mohd Zin dan beberapa pegawai tertinggi Tentera Darat.

Program berkenaan diadakan bertujuan bagi mengeratkan silaturahim antara pegawai dan anggota selain memupuk semangat muhibbah bersempena ketibaan Ramadan.

Ahmad Zahid kemudiannya turut meluangkan masa beramah mesra selain menyenduk lauk kepada semua perajurit muda sebelum bersahur.

CAPTION : Menteri Pertahanan, Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Panglima Tentera Darat, Jeneral Zulkifeli bin Mohd Zin, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televesyen Media Prima Berhad, Farid Ridzuan, menyendukan lauk pauk kepada anggota Perajurit Muda untuk juadah bersahur ketika hadir pada Program Singgah Sahur TV3 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Kem Si Rusa, Port Dickson._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN

Majlis Penutup Kursus Asas Perajurit Sukarela Rejimen 508 Askar Wataniah


RASAH - 25 MEI 2010 - Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan, dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bersalaman dengan para perajurit muda selepas Majlis Penutup Kursus Asas Perajurit Sukarela Rejimen 508 Askar Wataniah di Kem Rasah, Seremban, semalam. Turut menyertai kursus itu ialah Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin. _GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN

Pertandingan Rentak Juara 2010


SEREMBAN - 17 JULAI 2010 - Kumpulan E-6 mengungguli pertandingan Rentak Juara 2010 (RJ2010) apabila muncul sebagai juara pada pertandingan akhir di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tunku Muhammad, Seremban, malam semalam._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

Pesta Persukuan Adat Perpatih Negeri Sembilan 2010


KUALA PILAH - 17 JULAI 2010 - Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, dan Yang Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, (tiga dari kiri), serta undang luak menjamu selera ketika Lawatan ke Balai Pameran Luak-luak dan Demonstrasi Masakan pada Pesta Persukuan Adat Perpatih Negeri Sembilan 2010 di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, semalam._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN

Sunset Cruise PD







TELUK KEMANG - 15 JULAI 2010 - Menikmati detik-detik waktu matahari terbenam ketika menyusuri laut Selat Melaka dengan desiran ombak dan angin laut cukup menyamankan dengan Sunset Cruise._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

Kem Kampung Sawah


TELUK KEMANG - 15 JULAI 2010 - Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, (berdiri Kiri), diiringi Mejar Jeneral Ir. Mohd Salim Ali, (kanan), ketika menaiki kenderaan rasmi memeriksa perbarisan pada Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-53 Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja di Kem Kampung Sawah, Port Dickson, Negeri Sembilan._ GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

Kenang kembali 30 tahun dahulu


TELUK KEMANG - 11 JULAI 2010 - Sebahagian anggota yang pernah menyertai kursus latihan di PULAMOR 30 tahun lalu berkawad semula pada sesi perjumpaan semula di kem berkenaan. _GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

TPM rasmi Persidangan Perwakilan


JEMPOL - 10 JULAI 2010 - Timbalan Presiden UMNO Malaysia, Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan, Ketua UMNO Bahagian Jempol, Lilah Yasin, serta para perwakilan ketika melaungkan hidup Umno pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jempol Kali Ke-25 yang diadakan diDewan Besar Pejabat Daerah Jempol, Negeri Sembilan. _GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

Bergambar dengan penyelamat MARITIM


TELUK KEMANG - 22 JUN 2010 - Tragedi bot karam di 12 Batu Nautika dari Pantai Port Dickson._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

e-Census (Banci melalui komputer)


SEREMBAN - 07 JULAI 2010 - Pengusaha bengkel, Wan Mohsen, 35, (kiri), dibantu rakannya Anwar Jamal Ibrahim, 25, ketika melayari web e-Census iaitu mengisi borang bancian melalui komputer dengan cara yang lebih mudah dan tepat di bengkelnya di Kawasan Perindustrian Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 di MPN.



SEREMBAN - 28 APRIL 2010 - MENTERI Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan,ketika berucap pada Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 di Majlis Pperbandaran Nilai._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN