Sabtu, 14 Ogos 2010

Program Singgah Sahur TV3 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Kem Si Rusa, Port Dickson



TELUK KEMANG - 12 OGOS 2010 - SELAMAT BERSAHUR ... Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pagi tadi meluangkan masa bersahur bersama Perajurit Muda di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Kem Si Rusa, Port Dickson.

Program itu bersempena Rakaman Program Singgah Sahur yang dikendalikan Sistem Televisen Malaysia Berhad (TV3)
Ketibaan beliau disambut oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli bin Mohd Zin dan beberapa pegawai tertinggi Tentera Darat.

Program berkenaan diadakan bertujuan bagi mengeratkan silaturahim antara pegawai dan anggota selain memupuk semangat muhibbah bersempena ketibaan Ramadan.

Ahmad Zahid kemudiannya turut meluangkan masa beramah mesra selain menyenduk lauk kepada semua perajurit muda sebelum bersahur.

CAPTION : Menteri Pertahanan, Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Panglima Tentera Darat, Jeneral Zulkifeli bin Mohd Zin, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televesyen Media Prima Berhad, Farid Ridzuan, menyendukan lauk pauk kepada anggota Perajurit Muda untuk juadah bersahur ketika hadir pada Program Singgah Sahur TV3 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Kem Si Rusa, Port Dickson._GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan